Showing posts with label myView. Show all posts
Kekejaman Zionis
Friday, January 9, 2009
Baru-baru ini... kekejaman Zionis Laknatullah kembali lagi... serangan demi serangan, bedilan bom serta hujanan peluru menimpa Gaza yang malang. Dan hari ini jugak memperlihatkan kedayusan kuasa-kuasa besar dunia dalam menentang kekejaman yahudi laknatullah...
Bagi aku, tak perlu lah nak meeting lah, apa lah... kan dah sah depan mata si zionis tu salah... bicarakan lah terus, keluarkan bukti-bukti (yang sepatutnya takperlu lagi sebab semua orang WARAS dah tahu)... jatuhkanlah hukuman apa yang patut... adakan sekatan ekonomi ke israel ker, putuskan hubungan diplomatik ker... bukannya susah sangat... kalo yang PERASAN-DIRI-POLIS tu dapat buat sekatan ekonomi ke negara lain camtu jer, kenapa nak buat ke atas israel yang depan-depan mata salah, susah sangat... Sekarang, orang lain nak tolong, skati mak bapak dier je menolak mentah2 resolusi PBB...
negara lain baru jer disyaki, dah kena bom... yang dah salah, maintain jer eksen tak tahu, alasan itulah, inilah...
yang aku tak paham satu lagi, seluruh dunia kesian giler nengok budak-budak mati kene bom, kepala ke mana, badan ntah ke mana... nengok mak bapak sendiri mati... mak bapak nengok anak kene tembak (wallahualam apa lagi yang terjadi kat sana, sebab slalunyer lebih teruk dari apa yang dilaporkan)... orang-orang barat takder perasaan ker? dari pengalaman aku n kawan-kawan yang study kat sana, orang barat nih sangat prihatin (akhlak teruk lain cerita la)... sebab diorang banyak invent khidmat komuniti la... sukarelawan sana sini... bantu orang... binatang pun di tolong sampai tahap yang mengagumkan... tapi sampai ke perang di palestin, iraq etc, diorang macam tak buat apa aper jer... budak-budak middle east tu lebih binatang dari binatang ker? baby baby middle east tu lebih najis dari najis ker? apa salah diorang?
satu lagi yang aku tak puas hati, kalo palestin serang balik, diorang kata pengganas... kalo israel serang & terbukti mengganas, kata cari pengganas... palestin cuma guna suicide bom laa... cedera pun sorang dua jer... tu pun ada kes yang tak ada orang cedera... aku tak sokong keganasan, tapi logik disebalik semua kejadian adalah pelik... korang tak rasa camtu ker?
Posted in myView by erryOs | 2 comments
Kepada Rakanku...
Tuesday, July 8, 2008
Kepada rakanku…
Ku tahu, aku bukan kamu… dan kau menuduhku, ku tak mengenalimu…
Ku tahu, aku bukan kamu… lantas kau lari dari ku, atas dasar ku tak tahu…
Kini,
Kau tahu, aku bukan kamu… namun ku memahamimu…
Kau tahu, aku bukan kamu… namun ku mengerti akan dirimu…
Dan satu,
Ingat rakanku…
Selagi kau berlalu… ku disisimu…
Itu janjiku… sehingga takdir memisah, dari membelenggu…

Posted in myView by erryOs | 1 comments
Jalan Menuju KeNYA
aku ada satu idea gila… ku ingat nak karang novel perjalanan hidup aku… em mungkin menggunakan watak perwatakan yang palsu… namun yang pasti, dengan jalan cerita sebenar yang tersurat di alam sebelum kelahiranku… yang telah ditentukan jalannya dan serta tapak lutsinar yang telah tertempa, yang cuma aku perlu meninjak mengikut tapak lutsinar tersebut dan meninggalkan kesan tapak kaki ku…
apa yang ku lihat, setiap manusia dan makhluk itu ada jalan nya sendiri… bersimpang siur dan kekadang saling bertemu di suatu titik perkenalan… tempat meninjak di sepanjang jalan itu memang telah ditentukan sejak azali lagi… tapak lutsinar itulah yang dipanggil sebagai takdir… tapak yang hujungnya membawa kita ke Yang Esa… namun, sekiranya kita kurang cermat, selalunya kita akan memijak terkeluar sedikit dari lingkungan tapak kaki kita, dan kemudian sedikit demi sedikit, terkeluarlah kita dari landasan itu…
aku bukan orang yang suka berfalsafah… jauh lagi orang alim yang bergunung ilmunya… aku sekadar seorang manusia kerdil, yang suka berfikir… mencari ketenangan di dalam kesibukkan diri… mencari kebahagiaan di dalam kesedihan hati, mencari nikmat di dalam ranjau berduri…
bagiku, jalan hidupku ini indah… penuh pelbagai warna… manusia berbilang perangai, ada jua bertukar rupa di sepanjang perjalanan… sambil berjalan, aku berharap, ku dapat mengingatkan diri, jangan jadi seperti sebahagian mereka, dan jadilah seperti sebahagian mereka…
kini, usiaku dah hampiri suku abad… tak dapat ku nak ukur, sama ada ku dah melalui separuh dari umurku, atau sepertiga dari hidup atau tidak mustahil, ku dah sampai ke penghujung umurku… sebagai manusia kerdil, ku hanya mampu berdoa, agar ku pejam mataku di dalam iman… ku hembus nafasku di dalam islam…

Subscribe to:
Posts (Atom)