Pindah rumah, daaa....  

Monday, February 9, 2009

hi guys, starting from today, i move to much cooler site... visit me there!!!


and my friends, please update ur link... hehee...


Aku Takkan Lupa...  

Tuesday, February 3, 2009

Ironinya, sehari sebelum birthday Hazim adalah makan 100 arwah abangnya, Mohd Haiqal (al-Fatihah)... arwah meninggal dengan aman di pangkuan ibu bapanya di HUKM 104 hari yang lalu kerana kanser neuroblastoma. aku nak upload gambar-gambar kenangan aku bersama arwah tapi aku rasa aku belum bersedia lagi... insyallah aku akan upload nanti...

amat menghairankan, ketika kita rasa orang yang kita sayang 
akan sentiasa bersama kita, dan tetiba mereka tiada, dunia terasa lain... seakan kosong dan tidak bermakna... kita menyedari, setiap perkara ada hikmahnya... namun kekadang bisikan halus syaitan mengatakan tak ada hikmah kah kiranya dia bersama kita? aku tahu, Tuhan sangat adil dan Dia takkan membebankan aku dengan apa yang aku tak dapat tanggung tapi bagaimana dengan kesedihan hati ku yang tak dapat ku bendung ini... setiap hari aku terasa sangat pilu... rumahku pula, semestinya melalui rumah abadi arwah, dan aku sentiasa ingin singgah... walau aku cekalkan hati untuk tidak... orang barat cakap, life goes on.... dan aku tak boleh berpaut kepada kenangan lama terlalu lama...

aku takkan lupa setiap patah Kak Ana, ibu Haiqal... "mak redha
kan Eqal pergi dan mak halalkan setiap titik susu mak kepada Eqal..." dan beberapa hari selepas itu, Haiqal pun pergi mengadapNya...

aku takkan lupa, malam ketika aku di rumah Kak Ana, "Takper la Ri... Dia cuma pinjamkan Eqal 3 tahun jer... " sambil menyeka air mata di tepi katil menempatkan jenazah.

aku takkan lupa, Kak Ana tidur di lantai sebelah katil jenazah dan ketika aku memberitahunya agar tidur di tempat yang lebih selesa, Kak Ana berbisik kepadaku, "Nilah kali terakhir aku temankan dia tidur..."

aku takkan lupa, detik-detik aku dirikan Eqal di atas kaki ku dan aku berjalan ke dapur bersama arwah dan mengganggu Kak Ana masak sambil Eqal ketawa...

aku takkan lupa, Eqal memanggil aku Eyek disebabkan dia tak pandai nak sebut Lelek (uncle dalam bahasa jawa)

aku takkan lupa, ketika arwah sakit, dia akan makan dengan berselera sekiranya aku menyuapkannya... dan ketika dia mengambil gambar aku dengan telefonku... dan ketika dia berlagu bersama hippo yang menyanyi lagu Lions Sleep Tonight... dan ketika dia menari dengan lagu Ayumi Hamasaki, Trauma ketika konsert live Ayumi...dan banyak lagi...

Aku takkan lupa semua itu... 

dan kepada semua, aku pohon, bersama-sama lah kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah 

Mohammad Haiqal Bin Mohammad Hamzah 
(Mei 2005 - Oct 2008).


HAPPY BIRTHDAY, HAZIM!!!  

Sunday, February 1, 2009

its been a while since my last entry... to all my chinese friend, i hope it still not too late for wishing you guys Happy Chinese New Year!!! Come, sing along... "每条大街小巷, 每个人的嘴里, 见面第一句话, 就是恭喜恭喜... 恭喜恭喜恭喜你呀恭喜恭喜恭喜你!!!" 


em... last week, my beloved 'son', Mohd Hazim celebrating his 1st birthday, Happy Birthday Hazim! I wish you'll be happy, healthy and dimurahkan rezeki for the years to come... he went back to KL yesterday and i already miss him soooo much! he is so cute with his birthday hat and birthday mask... hehee...

Happy Birthday Hazim!!!

p/s: i'll upload his pic later... :)


Design by Amanda @ Blogger Buster