Al-Fatihah  

Friday, October 24, 2008

Semalam, Selasa 22 October 2008 bersamaan 22 Syawal 1429H, tamatlah perjalanan hidup seorang insan yang bernama Mohd. Haiqal bin Mohd. Hamzah.

setelah lebih setahun menderita penyakit cancer neuroblastoma, Eqal, menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu bapanya di HUKM pada pukul 12.10pm...

i cant continue my entry on this topic first... so, for the time being, juz enjoy my lyric of the day...

DI MANA KAN KU CARI GANTI

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya


Cerita Aku III  

Friday, October 17, 2008

kepada yang tak tau, aku nih dah ada sejibik kereta... ala, viva kecik jer... kiut jer kereta tuh, walo kesian aku tengok kereta tu sebab jarang sangat aku cuci... bukan faktor malas (hahaa... alasan!) tapi sebab di Kuching nih selalu hujan... dah la jalan yang aku pakai ke office dari rumah tengah buat upgrade... ulang alik ke opis dulu pun slalu gak hujan...

tapi bukan itu cerita aku hari ni... cerita aku kali ni bermula ketika the very first meeting aku dengan director aku... in fact, 3 hari lepas...

waktu tu, sesi memperkenalkan diri seperti biasa berlangsung... and aku, dengan vogue nyer memperkenalkan diri... AD la katakan... omputeh memanjang... tersasul sikit-sikit tapi peduli hapa aku...

lepas sesi tu, kami meeting mengenai staf-staf lama nak pergi travelling... so diorang plan la all the route etc... tetiba

"tomorrow morning, you send me and sally (bukan nama sebenar) to airport... around 10am," arah director aku...

"No probs," dengan confidentnyer aku menjawap...

"you bawak hillux or pajero office esok," dengan slamber nyer boss aku bercakap sambil melihat document kat tangannya...

"ek," aku dah nebes... nak berpeluh gak ku dibuatnya...(bukan sebab aku takut bawak kereta besar or even kereta office... tapi sebenarnya..)

then ada la sorang mamat nih, menyampuk... "boss, dia takder lesen boss!" then, semua mata memandang aku and dengan tanpa bersalah semua ketawa terbahak-bahak... termasuk la boss tu sekali...

malu siot! cis cis cis... kalo aku tahu, dah lama dah ku ambik lesen (yes, jijul... you win! :p ) dah la kena ugut takkan di comfirm dalam tempoh yang sepatutnya kalo takder lesen... huhuu...

waktu meeting tu terpaksala aku buat comment ala-ala artis "to tell you the truth, saya nih, takder lesen... dan dari situlah lagenda erryos, wak yang tidak berelsen bermula...

:P


Kasut John Bert... Astaga  

aku baru dapat info nih dari officemate aku... seriously, aku terkejut gak... aku serahkan sepenuhnya semua judgement kepada semua pembaca blog aku... bagi muslim, sama ada korang akan terus support barangan ini atau tidak... bagi non-muslim, sama ada korang rasa best mempersendakan agama orang lain atau tidak...







ps: aku ada sebijik jenama kasut nih! Astaga... i'll get rid of it lepas nih....


Kerja Baru...  

Thursday, October 16, 2008


Dengan tamatnya bulan puasa penuh berkah lepas, tamatlah tugas aku di salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. Setahun empat bulan aku meneguk, menadah, menimba, mengorek, mengaut dan banyak lagi Me- macam-macam ilmu dan kenangan di situ. Yang manis aku kenang, yang pahit aku tendang... waseh...

Sekarang, aku bertugas di agensi lain, yang masih juga terlibat dengan syarikat-syaikat telekomunikasi dan multimedia utama di Malaysia ni... Setakat nih, JD utama aku juz memanaskan sofa di lobby office dengan pungung Jawa ku nih... huahahaa... tergeley-geley kat lobby, bak kata kawan aku... apa nak buat, dah aku ala-ala maskot kat sini.. hahaa...

walopun aku dah di brief mengenai kerja aku (officially belum) tapi sementara nih aku masih lagi menanti dan terus menanti cabaran dan tanggungjawap yang akan dipikul oleh pundak ku nanti...
next post, aku akan bercerita mengenai 1st day aku di office baru aku...

special thanks to siti, wong, bong, faris, wak, zizie, laura, jiji, timah and semua yang ku tak dapat list semua kat sini... its been a pleasure to work with you guys and all the best to all of you!


Hari Raya?!  

Tuesday, October 14, 2008


Sorry la, aku akhir-akhir nih jarang sangat nak update blog aku... aku tengah cuba focus on make-up kan aku nyer blog skrang nih... p setiap kali aku nak tukar antaramuka menatang nih, setiap kali tu gak aku stuck dengan kerje yang tak semena-mena datang... bak kata jijul, kribang tol lah!

Mesti korang semua hairan nape blog aku nih takder input pasal raya... sebenarnya aku beraya dengan pelbagai dugaan... kisah benar sewaktu hari terakhir puasa:

"ry, aku ada crita la tok," best friend ku mulakan siraman air sumpahan yang memadamkan kehangatan raya ku...
"napa, ada crita best kah?" dengan tone gossip king yang sesuai membawa watak poret nya aku bertanya...
"mak madah baju raya ko sik siap eh," best friend ku memberi khabar...

sakit hati aku! tau bile mak aku hantar kain tu? dalam bulan 6 lepas... maintain lak dier kata tak siap... kalo baju aku sepasang tak kesah jugak... nih lebih 10 pasang (untuk cousins and relative mak)!!! the day before tu dah call ngan orang tua pemintal-benang-yang-tak-sedar-diri tu, dier kata "owh, lom siap... esok pagi kamek ngantar semua baju ya"

tak ker korang benggang?! benggong sungguh!
bagi tau la awal-awal... and jangan la ambik comitment kalo takut tak dapat deliver... baju orang yang hantar bulan 8 and lewat, semua siap! dahlah aku tak dapat cuti raya langsung! cis cis cis...


Design by Amanda @ Blogger Buster