Jalan Menuju KeNYA  

Tuesday, July 8, 2008

aku ada satu idea gila… ku ingat nak karang novel perjalanan hidup aku… em mungkin menggunakan watak perwatakan yang palsu… namun yang pasti, dengan jalan cerita sebenar yang tersurat di alam sebelum kelahiranku… yang telah ditentukan jalannya dan serta tapak lutsinar yang telah tertempa, yang cuma aku perlu meninjak mengikut tapak lutsinar tersebut dan meninggalkan kesan tapak kaki ku…

apa yang ku lihat, setiap manusia dan makhluk itu ada jalan nya sendiri… bersimpang siur dan kekadang saling bertemu di suatu titik perkenalan… tempat meninjak di sepanjang jalan itu memang telah ditentukan sejak azali lagi… tapak lutsinar itulah yang dipanggil sebagai takdir… tapak yang hujungnya membawa kita ke Yang Esa… namun, sekiranya kita kurang cermat, selalunya kita akan memijak terkeluar sedikit dari lingkungan tapak kaki kita, dan kemudian sedikit demi sedikit, terkeluarlah kita dari landasan itu…

aku bukan orang yang suka berfalsafah… jauh lagi orang alim yang bergunung ilmunya… aku sekadar seorang manusia kerdil, yang suka berfikir… mencari ketenangan di dalam kesibukkan diri… mencari kebahagiaan di dalam kesedihan hati, mencari nikmat di dalam ranjau berduri…

bagiku, jalan hidupku ini indah… penuh pelbagai warna… manusia berbilang perangai, ada jua bertukar rupa di sepanjang perjalanan… sambil berjalan, aku berharap, ku dapat mengingatkan diri, jangan jadi seperti sebahagian mereka, dan jadilah seperti sebahagian mereka…

kini, usiaku dah hampiri suku abad… tak dapat ku nak ukur, sama ada ku dah melalui separuh dari umurku, atau sepertiga dari hidup atau tidak mustahil, ku dah sampai ke penghujung umurku… sebagai manusia kerdil, ku hanya mampu berdoa, agar ku pejam mataku di dalam iman… ku hembus nafasku di dalam islam…


1 comments: to “ Jalan Menuju KeNYA

Design by Amanda @ Blogger Buster